Baca kenyataan di bawah.
Anda dikehendaki memilih satu jawapan dengan menandakan pada respon yang
anda fikir paling sesuai untuk kenyataan-kenyataan ini.
1. ”
Kedua-dua ibu bapa, terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya dengan kakak
saya. Kenapa dia tidak menerima hakikat
bahawa saya tidak dapat menandingi kakak saya ?.”
a). Mungkin ayah anda berpendapat bahawa
anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda.
b). Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa
membandingkan anak-anak mereka. Mungkin
anda bersikap terlalu sensitif.
c). Anda merasa marah dan kecil hati
kerana ayah anda tidak menghargai diri anda.
d). Apakah ada sebab lain kenapa ibu bapa
anda tidak berpuas hati dengan anda.
2. ”
Saya cuba ikut nasihat cikgu. Saya tidak
mahu lagi berkawan dengan budak-budak jahat itu, tapi mereka sentiasa
mengganggu saya. Apa patut saya buat ?.”
a) Jangan pedulikan mereka, buat tak
tahu saja.
b). Kenapa awak berkenalan dengan dia
dulu.
c) Awak rasa menyesal sekarang berkawan
dengan mereka.
d). Awak rasa bimbang dan takut setiap
kali mereka menganggu awak. Awak rasa
diri awak terancam dan sekarang awak serba salah.
3. ”
Saya tak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang setiap kali saya mula
belajar, satu pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya
pasti gagal. Oh Tuhan, apa yang harus
saya lakukan ?. Saya tak pernah gagal
sebelum ini. Kedua ibu bapa saya menaruh
penuh harapan kepada saya.”
a). Jangan bimbang. Kadang-kadang seseorang itu akan gagal. Saya pasti ibu bapa anda akan faham
b). Saya rasa awak ini terlalu
memberatkan harapan kelaurag anda.
c) Oleh kerana penumpuan perhatian
merupakan masalah anda, bolehkah anda sebutkan perkara-perkara yang mengganggu fikiran
anda sehingga menghalang kerja-kerja anda?.
d). Rasa takut gagal buat pertama kalinya
di dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa amat merungsingkan
anda.
4 ”Adik
saya tak mahu mengaku saya ni kakak dia.
Tiap-tiap kali dia cakap dengan kawannya saya bukan kakak dia. Saya ingat dia bencikan saya.”.
a). Awak rasa kecil hati adik awak
menolak awak sebagai kakanya. Dia buat
awak rasa kekeurangan pada diri awak.
b). Mengapa dia tidak mahu mengaku, kan
ke awak kakak dia ?. Semua orang tahu.
c). Agaknya dia iri hati dengan awak
sebab awak cantik.
d) Awak cakaplah dengan dia yang awak
rasa kecil hati, bila dia kata begitu.
5. ”Kadang-kadang
saya rasa mahu berhenti sekolah. Saya
tidak nampak faedah mempelajari semua ini yang kebanyakannya tidak berguna
langsung apabila saya bekerja nanti.”.
a). Jangan
lakukan sesuatu yang akan anda kesali kemudian kelajk. Anda tidak akan sedar pentingnya pelajaran
sehingga anda mengharungi alam pekerjaan.
b). Kenapa anda mengatakan yang pelajaran
tiada kaitan dengan pekerjaan anda di masa depan?.
c). Mempelajari sesuatu yang kurang
berkaitan dengan dunia pekerjaan benar-benar membosankan anda dan ini membuat
anda ingin berhenti sekolah.
d). Saya faham sekolah menjemukan kerana
saya.
6. ”Saya
tahu saya gemuk. Itu sebab orang tak
suka saya.”
a). Lebih
baik awak diet.
b). Biasanya orang gemuk memang orang tak suka.
c). Awak rasa awak tak cantik sebab awak gemuk.
d). Awak rasa sedih apabila orang tak
pedulikan awak. Awak rasa diketepikan
kerana awak gemuk.
7. ”Saya
sedang memikirkan dengan serius untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai
ketua murid. Saya rasa ada
pelajar-pelajar lain yang lebih berkebolehan untuk menjalankan tugas itu.”
a). Anda tidak sepatutnya mengundurkan
diri di saat akhir. Apa anggapan
kawan-kawan dan guru-guru anda nanti.
b). Bagi saya anda mempunyai kebolehan
menyandang jawatan itu, lebih-lebih lagi pada tahun lalu anda adalah Naib Ketua
Murid
c). Adakah sesuatu kekurangan pada diri
anda yang membuat anda merasa tidak dapat menjalankan tugas itu sebaik orang
lain ?.
d). Anda meragui kebolehan anda memikul tanggung jawab sebagai Ketua Murid.
8. ”Macam
mana saya nak belajar ?. Mak bapak saya sentiasa berkelahi. Macam mana saya nak tumpukan fikiran pada
pelajaran ?”.
a) Mengapa mak bapak awak selalu
berkelahi ?.
b). Awak pergilah belajar di
perpustakaan.
c). Awak rasa curiga dan takut setiap
kali mak bapak awak berkelahi. Ini
membuatkan awak runsing dan rasa tak tenteram.
d). Awak tak boleh tumpukan fikiran pada
pelajaran sebab mak bapak awak selalu berkelahi.
9. ”Saya
dah tak tahan lagi dengan ibu bapa saya. Asyik nak ambil tahu hal saya
sahaja. Kenapa tak boleh biarkan sahaja
saya sendirian ?. Kadang-kadang saya rasa lebih baik mereka mati.
a). Anda tidak harus mengeluarkan
kata-kata begitu terhadap ibu bapa anda.
Saya pasti mereka kasihkan anda.
b). Anda merasa ibu bapa anda mengongkong
hidup anda dan ini benar-benar membosankan anda.
c). Kemungkinan ibu bapa anda merasakan
anda masih memerlukan perhatian dan perlindungan.
d). Bersabarlah. Saya faham perasaan anda. Saya pasti ibu bapa
anda akan memberi anda kebebasan yang lebih setelah anda dewasa.
10. “Saya
tidak ada masa untuk belajar. Saya orang
miskin dan terpaksa membantu emak saya menjual kuih. Kalau tidak kami adik beradik tak cukup
makan.”
a). Awak rasa bertanggung jawab terhadap
adik beradik awak.
b). Tanggung jawab yang awak pikul sangat
berat dan awak tak berani melepaskannya kerana takut berasa bersalah.
c). Saya kasihan melihat penderitaan
awak. Boleh saya beri RM 50.00 untuk
menolong awak.
d). Adik beradik awak yang lain tak boleh
menolong awak ke ?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan