Tingkahlaku tidak
tegas dalam satu-satu situasi menyekat gangguan hak-hak sendini. Di samping itu
kelakuan tidak tegas meletakkan tanggungjawab membuat keputusan di tangan orang
lain yang bersama anda. Dengan ini, secara tidak sengaja orang yang tidak tegas
menyusahkan orang lain.
Tingkah Iaku Agresif
Seorang yang
bersifat agresif dapat menyampaikan perasaan atau pendapatnya, tetapi cara yang
digunakan mengancam, menyerang dan menjatuhkan air muka penerima. Orang-orang
yang agresif tidakmenghormati hak orang lain. Tambahan lagi orang yang agresif
enggan mengambil tanggung jawab atas akibat tindakannya itu.
Tingkah laku
agresif dalam satu situasi boleh disampaikan secara lisan atau bukan lisan.
Contoh sikap agresif secara lisan adalah seperti ugutan, sindiran, ancaman,
umpat keji dan hasad dengki. Komponen
bukan lisan melibatkan gerak isyarat mengugut, seperti pandangan yang bengis,
menunjuk penumbuk hingga ke serangan fizikal.
Contoh-contoh ucapan lisan yang agresif seperti:
M
Baik engkau bagi aku $5.00, kalau tidak…...
M
Celaka kau !
M
Engkau nak ikut aku tidak ?
M
Betulkan kesilapan yang anda buat sekarang !
Ciri
utama tabiat agresif adalah mencapai matlamat sendiri tanpa mengira perasaan
orang lain. Tingkah laku agresif boleh
mengakibatkan tindak balas yang serupa atau lebih keras.
Tingkah Laku Tegas Dfri
Tingkah laku tegas diri melibatkan penyampaian
pendapat atau perasaan dalam situasi-situasi tertentu. Ini lebih dapat diterima oleh penerima. Tingkah laku tegas memerlukan perseimbangan
harmoni antara gerak-geri dan nada percakapan.
Penyampaian perutusan adalah secara ikhlas dan terus terang. Umpamanya kalau seseorang itu biasa
berkata “Hey, ada air minum tak di sini
?’, adalah lebih baik dan menyatakan “Tolong beri saya segelas air”.
Tingkah laku tegas
tidak semestinya membolehkan seseorang itu memperolehi apa yang
dikehendaki. Sebaliknya tingkah laku
tegas merupakan cara komunibsi yang ikhlas, terus terang dan dapat menyampaikan
keinginan seseorang dengan cara yang tidak menyinggung perasaan orang lain.
Dengan ini kemungkinan mencapai matlamat adalah lebih besar. Sekiranya
kedua-dua pihak bertindak tegas,
kemungkinannya kedua-dua pihak akan mencapai matlamat jika kedua-dua
pihak cuba mencari jalan penyelesaian. Walaupun penyelesaian tidak dapat diperolehi,
kedua-dua pihak akan berakhir dengan perasaan hormat menghormati hak
masing-masing dan saling faham memahami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan