Rabu, 20 April 2016
Sabtu, 6 Februari 2016
Kenali UA
Universiti APEX-
Merupakan satu konsep yang bermatlamatkan kewujudan satu institusi mercu dan menjadi pusat akademik negara yang unggul. USM mendapat status Universiti APEX yang bertujuan untuk mencapai universiti berstatus dan berprestij pada peringkat antarabangsa. Pada dasarnya Universiti APEX akan memperoleh autonomi seperti aspek goverment dan pentadbiran, akademik, pengambilan kemasukan pelajar dan sebagainya
Universiti Penyelidikan (RU)-
Universiti Awam yang diiktiraf kerajaan untuk menjadi hub kecemerlangan pendidikan dan bidang penyelidikan. UM,USM,UKM,UPM dan UTM. USM juga masih berstatus RU.
Universiti Berfokus
IPTA yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang tertentu seperti:
Teknikal (MTUN) - UTHM, UTeM, UMP, UniMAP;
Pengurusan-UUM;
Pendidikan-UPSI;
Sains &Teknologi-UMT,UniSZA,USIM;
Pertahanan-UPNM;
Keusahawanan-UMK.
Universiti Komprehensif
IPTA yang berperanan sebagai pusat pengajian bagi program prasiswazah, siswazah dan pasca siswazah dalam pelbagai bidang tanpa memfokus kepada sesuatu pengkhususan sahaja. UiTM,UIAM,UMS,UNIMAS.
Kredit untuk En Ibrahim Yaakob
Fakta Politeknik
Politeknik Ungku Omar (PUO), Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Ibrahim Sultan (PIS) adalah tiga buah politeknik bertaraf Politeknik Premier.
Laluan Pra Ijazah
LALUAN PRA IJAZAH-
Program Asasi KPT adalah program pengajian di bawah KPT dijalankan di bawah pengawasan universiti dan sebahagiannya merupakan "feeder" kepada universiti berkenaan.
Program Matrikulasi adalah program pengajian bagi pelajar lepasan SPM dibawah KPM. Program ini adalah program persediaan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPTA mengikuti kursus bidang sains,teknologi dan sastera ikhtisas.
Program Persediaan (Luar Negara)-program persediaan pelajar lepasan SPM yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Program ditaja JPA, KPM, MARA, Petronas, Bank Negara dan lain-lain. Bidang pengajian kritikal perubatan , farmasi, kejuruteraan, geologi dan sebagainya kebiasaan ditawarkan.
