Universiti APEX-
Merupakan satu konsep yang bermatlamatkan kewujudan satu institusi mercu dan menjadi pusat akademik negara yang unggul. USM mendapat status Universiti APEX yang bertujuan untuk mencapai universiti berstatus dan berprestij pada peringkat antarabangsa. Pada dasarnya Universiti APEX akan memperoleh autonomi seperti aspek goverment dan pentadbiran, akademik, pengambilan kemasukan pelajar dan sebagainya
Universiti Penyelidikan (RU)-
Universiti Awam yang diiktiraf kerajaan untuk menjadi hub kecemerlangan pendidikan dan bidang penyelidikan. UM,USM,UKM,UPM dan UTM. USM juga masih berstatus RU.
Universiti Berfokus
IPTA yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang tertentu seperti:
Teknikal (MTUN) - UTHM, UTeM, UMP, UniMAP;
Pengurusan-UUM;
Pendidikan-UPSI;
Sains &Teknologi-UMT,UniSZA,USIM;
Pertahanan-UPNM;
Keusahawanan-UMK.
Universiti Komprehensif
IPTA yang berperanan sebagai pusat pengajian bagi program prasiswazah, siswazah dan pasca siswazah dalam pelbagai bidang tanpa memfokus kepada sesuatu pengkhususan sahaja. UiTM,UIAM,UMS,UNIMAS.
Kredit untuk En Ibrahim Yaakob
Tiada ulasan:
Catat Ulasan