Memaparkan catatan dengan label HOME. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HOME. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mei 2015

Anugerah Perkhidmatan Kaunseling


Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Seri Pinang telah diiktiraf sebagai Unit Bimbingan dan Kaunseling terbaik dari segi amalan Perkhidmatan di peringkat negeri Johor. Secara tidak langsung ia telah mengangkat daerah Kulai sekali lagi sebagai daerah yang komited dan berdaya maju dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling terutama dikalangan kaunselor. bermula tahun 2012 SMK Bandar Putra  diikuti tahuun berikutnya SMK Kelapa sawit dan kini SMK Seri Pinang pula meletakkan nama daerah Kulai antara daerah yang digeruni. Tidak Lupa juga kecemerlangan yang di tonjolkan oleh sekolah rendah yang juga berjaya meletakkan nama dikelompok unit terbaik negeri Johor. Bermula dengan SK Bandar Tenggara 2, SK Kangkar Pulai dan Terkini SK Bandar Putra. Sesungguhnya kejaayaan itu adalah milik bersama kerana banyak pihak yang telah menyumbang bakti dan tenaga.. tahniah Kulai, Tahiah rakan kaunselor Kulai, Tahniah Rakan guru SMKSP dan tahniah Cr Norazizah dan mantan GBK En Aspar ... Kami Sayang SMK Seri Pinang.

Selasa, 18 November 2014

Ujian Psikometrik

19 Nov 2014, SMK SP. Murid-murid tingkatan 3 yang telah menduduki ujian Psikometrik dan PT3 boleh mendapatkan keputusan ujian berkenaan di sekolah bermula hari khamis ini 20 November 2014 di unit peperiksaan. Selepas dari tarikh tersebut keputusan berkenaan boleh di ambil di pejabat sekolah. Keputusan ujian berkenaan boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Vokasional, Kolej Vokasional dan sekolah Teknik. Sila dapatkan segera bagi memudahkan urusan anda.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Alu aluan

Assalamualaikum
Sekapur sirih seulas pinang. demikianlah sebaris kata-kata yang sering menjadi pembuka bicara. Sesuai dengan matlamat admin kali ini yang sedang berusaha untuk menghasilkan satu laman blog khusus bagi memberi maklumat terkini dan bermakna. Khususnya untuk tatapan anak didik pewaris Seri Pinang mencari dan menerima maklumat. Dewasa ini penggunaan aplikasi sosial menggunakan alatan pintar menjadi eleman perhubungan utama rasmi mahupun tidak. Namun laman Blog juga tidak kurang pentingnya menjadi laman sehenti yang boleh diakses oleh semua pelayar alam maya. Sehubungan itu diisytiharkan hari ini 23 ogos 2014 laman blog unit bimbingan dan kaunseling SMK Seri Pinang mula dibina.