Jumaat, 24 Oktober 2014

aura WARNA

Aura warna mengikut hari adalah berdasarkan kajian berkaitan The Low Of Repeatation of Cronology. Menurut kajian ini, hari yang berulang-ulang setiap tujuh bilangan membawa bersama getaran (visual light) yang mendominasi hari tersebut.

1. Isnin (Aura warna Putih)
Aura Warna mengikut Hari
Warna putih merangsang kelenjar Pituitari.
Warna ini akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh dalam keadaan hening. Hari Isnin adalah hari yang paling sesuai untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana lebih kreatif dan efisyen.




2. Selasa (Aura warna Pink)
Aura Warna mengikut Hari
Pink ialah warna kasih sayang dan menyamai getaran di bahagian Thalamus (bahagian dalam otak berperanan untuk kasih sayang dan panghayatan). Pengidap migrain akan berasa lega setiap hari Selasa. Jika memakai pakaian warna pink pada hari ini, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat.
3. Rabu (Aura warna Biru)
Aura Warna mengikut Hari
Warna biru adalah perangsang kelenjar Tyroid.
Paras hormon thyroxine yang dirembeskan berada pada tahap optimum menjadikan semua hasrat hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata atau bermesyuarat. Penyakit seperti beguk dan penyakit kerongkong mudah pulih jika dirawat pada hari Rabu.

4. Khamis (Aura warna Kuning / Oren)
Aura Warna mengikut Hari
Kuning adalah warna rangsangan sistem penghadaman dan kesuburan. Kemuncak warna kuning ialah di sepanjang hari. Kepada mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Hari Khamis adalah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

5. Jumaat (Aura warna Hijau)
Aura Warna mengikut Hari
Warna hijau ialah tahap getaran yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap paling maksimum. Hari Jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Pada hari ini juga sesuai untuk menjalankan rawatan berkaitan penyakit jantung dan paru-paru kerana paras oksigen berada pada tahap tertinggi.


6. Sabtu (Aura warna Merah)

Aura Warna mengikut Hari
Warna merah menyamai getaran bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf. Organ yang berwarna merah banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh. Hari Sabtu hari yang paling sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan aktiviti. Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan organ (merah), pada hari Sabtu pesakit akan merasa kesakitan akan semakin sembuh.

7. Ahad (Aura warna Hitam)
Aura Warna mengikut Hari
Hari Ahad sesuai untuk berehat. Seeloknya bercutilah pada hari ini.
Penyerakan zarah pada hari Ahad adalah stabil dan pakaian berwarna hitam dapat mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing yang memudaratkan.
Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan asing. Artikel berkaitan aura warna mengikut hari ini hanyalah berdasarkan kepada kajian oleh manusia sahaja. Harus diingat bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan sesuatu ke atas semua manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan