Jumaat, 15 Mei 2015

Anugerah Perkhidmatan Kaunseling


Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Seri Pinang telah diiktiraf sebagai Unit Bimbingan dan Kaunseling terbaik dari segi amalan Perkhidmatan di peringkat negeri Johor. Secara tidak langsung ia telah mengangkat daerah Kulai sekali lagi sebagai daerah yang komited dan berdaya maju dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling terutama dikalangan kaunselor. bermula tahun 2012 SMK Bandar Putra  diikuti tahuun berikutnya SMK Kelapa sawit dan kini SMK Seri Pinang pula meletakkan nama daerah Kulai antara daerah yang digeruni. Tidak Lupa juga kecemerlangan yang di tonjolkan oleh sekolah rendah yang juga berjaya meletakkan nama dikelompok unit terbaik negeri Johor. Bermula dengan SK Bandar Tenggara 2, SK Kangkar Pulai dan Terkini SK Bandar Putra. Sesungguhnya kejaayaan itu adalah milik bersama kerana banyak pihak yang telah menyumbang bakti dan tenaga.. tahniah Kulai, Tahiah rakan kaunselor Kulai, Tahniah Rakan guru SMKSP dan tahniah Cr Norazizah dan mantan GBK En Aspar ... Kami Sayang SMK Seri Pinang.

watikah dan dialog

SMK Seri Pinang 19 April 2015, Briged Kepimpinan Muda ( KeraNaMu) telah sampai kepada tahap perlantikan. Barisan pengerusi bagi setiap badan di dalam unit tertentu di sekolah ini telah secara automatik menjadi AJK tertinggi Briged. Organisasi yang diketuai oleh Ketua Murid ini telah mula beroperasi secara tidak rasminya sebagai badan sukarelawan di beberapa majlis utama khususnya di kawasan Bandar Tenggara. Hampir 70% ahli briged telah menerima latihan intensif kepepimpinan di peringkat sekolah mahupun diperingkat negeri Johor. Usaha menjadikan impian SLB menjadi kenyataan setelah idea ini disambut baik oleh PK HEM. Tahniah untuk semua.
       Seterusnya majlis perlantikan dan dialog prestasi ini disempurnakan oleh YB Dato' Dr Haji Adham bin Baba. Seiring dengan majlis tersebut turut diadakan dan disambut baik oleh dato' ialah lawatan rasmi ke bilik-bilik khas yang cemerlang antaranya bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Seminar AlJazari, Pusat Sumber Sekolah seterusnya Bilik PLC. Dato' juga berbesar hati untuk merasmikan bilik PLC dan Bilik Seminar AlJazari.
      Kemuncak Prorgam adalah dialog bersama ibu bapa dimana Dato' sendiri telah memberikan ceramah Keibubapaan kepada ibu bapa calon SPM dna PT3. Secara umumnya perogram bersama YB Dato' Dr Hj Adham sangat memberikan kesan yang besar terutama kepada kehadiran ibu bapa yang telah hadir meraikan dato'.  Kami Sayang SMK Seri Pinang

Khamis, 29 Januari 2015

temuduga PRS oleh AJK Tertinggi 2015

Pada tarikh 27 Januari 2015 calon seramai 49 orang telah hadir untuk ditemuduga bagi menyertai PRS SMK SP. Dari jumlah itu seramai 16 orang telah terpilih atas bakat dan kemampuan  masing-masing. Pendidikan tidak langsung ini memberi kesan mendalam kepada setiap calon . Malah ada calon yang telah mencuba untuk kali ketiga. Pengalaman mengajar, itulah ungkapan yang sesuai. namun setelah keputusan dikeluarkan masih ramai yang tidak berputus asa untuk menulis surat rayuan. Hati siapa tidak tersentuh jika alasan rayuan yang diberi seolah mengharapkan sesuatu yang paling berharga untuknya. Guru Kaunselor yang baca pulak tu. apapun tahniah buat barisan ajk 2015 yang telah berusaha untuk mengubah membina dan mengurus. Teruskan kegemilangan kerana SEGALANYA BERMULA DI SINI

JoM Masuk PRS


Selasa, 18 November 2014

Ujian Psikometrik

19 Nov 2014, SMK SP. Murid-murid tingkatan 3 yang telah menduduki ujian Psikometrik dan PT3 boleh mendapatkan keputusan ujian berkenaan di sekolah bermula hari khamis ini 20 November 2014 di unit peperiksaan. Selepas dari tarikh tersebut keputusan berkenaan boleh di ambil di pejabat sekolah. Keputusan ujian berkenaan boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Vokasional, Kolej Vokasional dan sekolah Teknik. Sila dapatkan segera bagi memudahkan urusan anda.