SMK Seri Pinang 19 April 2015, Briged Kepimpinan Muda ( KeraNaMu) telah sampai kepada tahap perlantikan. Barisan pengerusi bagi setiap badan di dalam unit tertentu di sekolah ini telah secara automatik menjadi AJK tertinggi Briged. Organisasi yang diketuai oleh Ketua Murid ini telah mula beroperasi secara tidak rasminya sebagai badan sukarelawan di beberapa majlis utama khususnya di kawasan Bandar Tenggara. Hampir 70% ahli briged telah menerima latihan intensif kepepimpinan di peringkat sekolah mahupun diperingkat negeri Johor. Usaha menjadikan impian SLB menjadi kenyataan setelah idea ini disambut baik oleh PK HEM. Tahniah untuk semua.
Seterusnya majlis perlantikan dan dialog prestasi ini disempurnakan oleh YB Dato' Dr Haji Adham bin Baba. Seiring dengan majlis tersebut turut diadakan dan disambut baik oleh dato' ialah lawatan rasmi ke bilik-bilik khas yang cemerlang antaranya bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Seminar AlJazari, Pusat Sumber Sekolah seterusnya Bilik PLC. Dato' juga berbesar hati untuk merasmikan bilik PLC dan Bilik Seminar AlJazari.
Kemuncak Prorgam adalah dialog bersama ibu bapa dimana Dato' sendiri telah memberikan ceramah Keibubapaan kepada ibu bapa calon SPM dna PT3. Secara umumnya perogram bersama YB Dato' Dr Hj Adham sangat memberikan kesan yang besar terutama kepada kehadiran ibu bapa yang telah hadir meraikan dato'. Kami Sayang SMK Seri Pinang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan