Jumaat, 24 Oktober 2014

piagam Pelanggan KPM

PIAGAM PELANGGAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:
  1. Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan seperti keterangan berikut:
  1. Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke sekolah berasrama penuh dimaklumkan dalam tempoh 27 hari bekerja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 30 hari bekerja dan Sekolah Seni Malaysia 45 hari bekerja;
  2. Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke sekolah vokasional / teknik / asrama penuh / SMKA dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja; dan
  3. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja.
  4. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam (6) dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja.
  1. Keputusan permohonan belajar semula/ pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  1. Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
  1. Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
  1. Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.
  1. Surat tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pegawai dalam perkhidmatan dan mahasiswa dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan pihak berkuasa melulus.
  1. Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.
  2. Keputusan permohonan kemasukan  mahasiswa ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik/Kolej Komuniti/Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) diumumkan mengikut keterangan seperti berikut :
i.      Bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf (Asasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Sijil Lanjutan/Sijil) diselesaikan minggu pertama bulan Jun setiap tahun.

ii.     Bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ setaraf (Ijazah Pertama) diselesaikan minggu pertama bulan Ogos setiap tahun.
  1. Surat kelulusan mengendalikan kursus pengajian baharu/ tambahan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat syor Malaysian Qualifications Agency (MQA) kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
  1. Pengeluaran pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baharu dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima.
  1. Surat keputusan bagi permohonan akreditasi program dikeluarkan daripada pembekal pendidikan tinggi dalam tempoh tujuh (7) bulan selepas semua permohonan lengkap diterima.
  1. Keputusan permohonan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)/ Skim Geran PenyelidikanFundamental dikeluarkan dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan

cuti umum 2015


kalendar 2015


hari Kelepasan negeri-negeri 2015



hari Kelepasan persekutuan


sesi persekolahan 2015





aura WARNA

Aura warna mengikut hari adalah berdasarkan kajian berkaitan The Low Of Repeatation of Cronology. Menurut kajian ini, hari yang berulang-ulang setiap tujuh bilangan membawa bersama getaran (visual light) yang mendominasi hari tersebut.

1. Isnin (Aura warna Putih)
Aura Warna mengikut Hari
Warna putih merangsang kelenjar Pituitari.
Warna ini akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh dalam keadaan hening. Hari Isnin adalah hari yang paling sesuai untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana lebih kreatif dan efisyen.




2. Selasa (Aura warna Pink)
Aura Warna mengikut Hari
Pink ialah warna kasih sayang dan menyamai getaran di bahagian Thalamus (bahagian dalam otak berperanan untuk kasih sayang dan panghayatan). Pengidap migrain akan berasa lega setiap hari Selasa. Jika memakai pakaian warna pink pada hari ini, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat.
3. Rabu (Aura warna Biru)
Aura Warna mengikut Hari
Warna biru adalah perangsang kelenjar Tyroid.
Paras hormon thyroxine yang dirembeskan berada pada tahap optimum menjadikan semua hasrat hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata atau bermesyuarat. Penyakit seperti beguk dan penyakit kerongkong mudah pulih jika dirawat pada hari Rabu.

4. Khamis (Aura warna Kuning / Oren)
Aura Warna mengikut Hari
Kuning adalah warna rangsangan sistem penghadaman dan kesuburan. Kemuncak warna kuning ialah di sepanjang hari. Kepada mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Hari Khamis adalah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

5. Jumaat (Aura warna Hijau)
Aura Warna mengikut Hari
Warna hijau ialah tahap getaran yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap paling maksimum. Hari Jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Pada hari ini juga sesuai untuk menjalankan rawatan berkaitan penyakit jantung dan paru-paru kerana paras oksigen berada pada tahap tertinggi.


6. Sabtu (Aura warna Merah)

Aura Warna mengikut Hari
Warna merah menyamai getaran bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf. Organ yang berwarna merah banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh. Hari Sabtu hari yang paling sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan aktiviti. Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan organ (merah), pada hari Sabtu pesakit akan merasa kesakitan akan semakin sembuh.

7. Ahad (Aura warna Hitam)
Aura Warna mengikut Hari
Hari Ahad sesuai untuk berehat. Seeloknya bercutilah pada hari ini.
Penyerakan zarah pada hari Ahad adalah stabil dan pakaian berwarna hitam dapat mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing yang memudaratkan.
Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan asing. Artikel berkaitan aura warna mengikut hari ini hanyalah berdasarkan kepada kajian oleh manusia sahaja. Harus diingat bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan sesuatu ke atas semua manusia.

santai 1

cuba lihat perkataan apa yang muncul dahulu